Dikala pemimpin-pemimpin kita berucap dengan angkuh bahawa negara Malaysia sudah maju. Negeri Sabah sudah maju. tetapi nun jauh di kampung, penduduk kampung Ulu Papar berhadapan dengan jalan raya maut, yang tidak mampun dibanggakan. malah ia memberi gambaran kengerian kepada penduduk kampung dan pengguna jalan raya yang lain. di manakah perginya janji manis pemimpin kita ini? orang kata "cakap tak serupa bikin". hampir setiap masa penduduk kampung Ulu Papar berhadapan dengan jalan maut ini. kini tinggal tujuh tahun lagi kita akan mencapai tahun 2020 tetapi nampaknya wawasan kerajaan itu hanya menjadi indah kahbar dari rupa yang perit diterima oleh penduduk Ulu Papar. Jangankan jalan yang bagus, hak tanah adat orang kampung sehingga sekarang pun belum terjamin. jadi Masyarakat Ulu Papar, Perlukah kita berdiam diri lagi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment