Saturday, January 12, 2013

Perjuangan Mempertahankan Hak Kehidupan!..

Kelmarin (11.01.2013) seorang penduduk dari Kg. Mangkadait Ranau telah ditangkap pihak Polis Daerah Ranau kerana usaha dan keberanian mereka mempertahankan hak kehidupan mereka di atas Tanah Adat (NCR) di Kg. Mangkadait, Ranau.

Saudara Cyprian Rustin (920701-12-7277) masih lagi dalam tahanan Polis di Balai Polis Ranau sejak hari kelmarin. Difahamkan seorang lagi penduduk kampung sedang dicari oleh pihak Polis.

Pihak Syarikat Damai Plantation Sdn. Bhd yang dikatakan telah mendapat/membeli geran tanah (Kerajaan/JTU telah mengeluarkan geran tanah di kawasan Tanah Adat kampung kepada orang luar yang kemudiannya menjual tanah tersebut) telah membuat laporan Polis setelah pihak kampung membuat benteng jalanraya bagi mempertahankan tanah adat mereka daripada diceroboh...

Kes rampasan tanah ini sudah lama dan masih menunggu tindakan pihak JTU Daerah Ranau untuk mengadakan satu Siasatan Awam berkenaan Kewujudan Tanah Adat selaras dengan Seksyen 13, 14, 15 dan Bahagian IV dalam Ordinan Tanah Sabah Bab 68...

Anehnya, banyak laporan Polis telah dibuat oleh pihak penduduk Kg. Mangkadait, Ranau tetapi akhirnya laporan Polis oleh pihak "penceroboh" yang lebih diutamakan...

Pihak kampung sendiri telah membuat laporan Polis kelmarin di Balai Polis Ranau melalui no.report: RANAU/000118/13. dan hari ini satu rombongan penduduk kampung sedang berada di kawasan Balai Polis Ranau untuk memberi sokongan kepada rakan mereka yang masih dalam tahanan pihak Polis...

Sahabat-sahabat seperjuangan di sekitar Ranau, sokongan kalian adalah penting!... Hari ini, kampung ini menjadi mangsa, esok atau tahun akan datang mungkin giliran kampung anda menjadi mangsa!... CUKUP!... Satukan Perjuangan di Tahun Perubahan ini!...

No comments: