Tuesday, January 15, 2013

UNIT PENEMPATAN JKM JAGA PELARIAN FILIPINA

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah kelmarin diberitahu kerajaan menubuhkan Unit Penempatan, di Jabatan Ketua Menteri (JKM) bagi menjaga hal ehwal pelarian dari Filipina di Sabah.

Abdul Jaapar Alip, 58, Bekas Ketua Unit Penempatan di JKM berkata unit itu ditubuhkan pada 1976 juga bertanggungjawab menjaga semua hal ehwal yang berkaitan di bawah JKM.
Abdul Jaapar yang bertugas di unit itu dari 1983 hingga 2008, juga turut bersetuju dengan soalan pegawai pengendali Manoj Kurup, skim penempatan itu bertujuan menangani masalah pelarian rakyat Filipina.

Abdul Jaapar, saksi ketiga dalam prosiding itu berkata kerajaan juga pada 1985 menubuhkan lima skim penempatan bagi pelarian Filipina itu yang terletak di Kampung Telipok dan Kampung Kinaruk, di Kota Kinabalu; Kampung Bahagia, Sandakan; Kampung Selamat, Semporna dan Kampung Hidayah di Tawau.

Diminta menjelaskan mengenai pengambilan pelarian itu ke skim tersebut saksi berkata mereka mesti memenuhi lima syarat iaitu datang dari Selatan Filipina, terlibat secara langsung dalam peperangan di kawasan itu, datang ke Sabah pada 1970 hingga 1984, beragama Islam dan bersedia tinggal tetap di negeri itu.

Abdul Jaapar, yang kini bersara, berkata penempatan itu masih wujud sehingga sekarang.

Beliau berkata sejak pelaksanaan skim penempatan itu dari 1976 sehingga 1985, seramai 73,000 pelarian beragama Islam dan pelarian teranjak yang bukan Islam didaftarkan di JKM.

Ketika menerangkan proses pengambilan, saksi berkata selepas menemuduga pelarian itu dan sekiranya mereka layak dikategorikan sebagai pelarian pihaknya akan mengemukakan borang permohonan kepada Jabatan Imigresen untuk pengeluaran pas lawatan kerja sementara yang kini dikenali 1MM-13.

"Resit pendaftaran beserta gambar dan nombor siri akan dikeluarkan," katanya lagi.

Saksi itu berkata bagaimanapun pada September 1985, kerajaan negeri mengarahkan pendaftaran pelarian itu dihentikan serta-merta dan ketika itu kerajaan diterajui Parti Bersatu Sabah (PBS).

Pakar sejarah Malaysia Datuk Prof Ramlah Adam, dalam keterangannya pula berkata pelarian Filipina datang ke Sabah atas beberapa faktor antaranya hubungan yang mempunyai banyak persamaan dari segi warisan, pekerjaan, agama dan juga berkongsi lautan yang sama.

"Saya percaya hubungan yang tidak tertulis dan tersirat ini berlaku kerana hubungan agama, persaudaraan dan warisan," katanya yang banyak menulis buku dan menjalankan penyelidikan sejarah selain pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaya.

Ketika diminta memberikan cadangan untuk mengatasi isu pendatang asing ini oleh Manoj, Ramlah mencadangkan supaya semua pihak melihat isu ini sebagai isu negara dan bukannya isu politik.

Saksi pertama itu berkata sekiranya ada pihak melihat isu ini sebagai isu politik, mereka tidak ikhlas dalam menyelesaikan masalah ini.

Prosiding itu juga mendengar keterangan saksi kedua iaitu Prof Emeritus Dr Ranjit Singh a/l Darshan Singh, pakar sejarah yang menerangkan sejarah etnik Sabah.

Selepas saksi ketiga selesai memberikan keterangannya bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong yang mempengerusikan panel lima anggota itu meminta semua yang berada di dalam mahkamah keluar atas sebab kecemasan.

Pihak polis kemudiannya meminta semua meninggalkan kawasan mahkamah sementara menunggu siasatan dan difahamkan terdapat ancaman bom.

Perbicaraan bersambung hari ini, selasa (Bernama)

Sumber:http://sabahkini.net/

Saturday, January 12, 2013

Perjuangan Mempertahankan Hak Kehidupan!..

Kelmarin (11.01.2013) seorang penduduk dari Kg. Mangkadait Ranau telah ditangkap pihak Polis Daerah Ranau kerana usaha dan keberanian mereka mempertahankan hak kehidupan mereka di atas Tanah Adat (NCR) di Kg. Mangkadait, Ranau.

Saudara Cyprian Rustin (920701-12-7277) masih lagi dalam tahanan Polis di Balai Polis Ranau sejak hari kelmarin. Difahamkan seorang lagi penduduk kampung sedang dicari oleh pihak Polis.

Pihak Syarikat Damai Plantation Sdn. Bhd yang dikatakan telah mendapat/membeli geran tanah (Kerajaan/JTU telah mengeluarkan geran tanah di kawasan Tanah Adat kampung kepada orang luar yang kemudiannya menjual tanah tersebut) telah membuat laporan Polis setelah pihak kampung membuat benteng jalanraya bagi mempertahankan tanah adat mereka daripada diceroboh...

Kes rampasan tanah ini sudah lama dan masih menunggu tindakan pihak JTU Daerah Ranau untuk mengadakan satu Siasatan Awam berkenaan Kewujudan Tanah Adat selaras dengan Seksyen 13, 14, 15 dan Bahagian IV dalam Ordinan Tanah Sabah Bab 68...

Anehnya, banyak laporan Polis telah dibuat oleh pihak penduduk Kg. Mangkadait, Ranau tetapi akhirnya laporan Polis oleh pihak "penceroboh" yang lebih diutamakan...

Pihak kampung sendiri telah membuat laporan Polis kelmarin di Balai Polis Ranau melalui no.report: RANAU/000118/13. dan hari ini satu rombongan penduduk kampung sedang berada di kawasan Balai Polis Ranau untuk memberi sokongan kepada rakan mereka yang masih dalam tahanan pihak Polis...

Sahabat-sahabat seperjuangan di sekitar Ranau, sokongan kalian adalah penting!... Hari ini, kampung ini menjadi mangsa, esok atau tahun akan datang mungkin giliran kampung anda menjadi mangsa!... CUKUP!... Satukan Perjuangan di Tahun Perubahan ini!...

Tuesday, January 8, 2013

Perlukah rakyat Ulu Papar berdiam diri?

Dikala pemimpin-pemimpin kita berucap dengan angkuh bahawa negara Malaysia sudah maju. Negeri Sabah sudah maju. tetapi nun jauh di kampung, penduduk kampung Ulu Papar berhadapan dengan jalan raya maut, yang tidak mampun dibanggakan. malah ia memberi gambaran kengerian kepada penduduk kampung dan pengguna jalan raya yang lain. di manakah perginya janji manis pemimpin kita ini? orang kata "cakap tak serupa bikin".  hampir setiap masa penduduk kampung Ulu Papar berhadapan dengan jalan maut ini. kini tinggal tujuh tahun lagi kita akan mencapai tahun 2020 tetapi nampaknya wawasan kerajaan itu hanya menjadi indah kahbar dari rupa yang perit diterima oleh penduduk Ulu Papar. Jangankan jalan yang bagus, hak tanah adat orang kampung sehingga sekarang pun belum terjamin. jadi Masyarakat Ulu Papar, Perlukah kita berdiam diri lagi?

Tuesday, July 24, 2012

Berbudi kepada alam pasti ada balasanya.

apabila kita berbudi kepada alam sama ada jahat atau baik, tiap-tiap satu pasti ada balasanya. inilah yang telah berlaku apabila komuniti orang asal menjaga, memlihara dan melindungi sumber sungai daripada pupus, telah mendapat hasil yang setimpal. inilah dinamakan sebagai alam akan membalas budi baik kita sekiranya kita berbudi yang baik kepada alam semulajadi. apabila anda akan berbuat jahat terhadap alam, kita pasti akan menerima akibat buruk.

Tahniah!... NCR Menang lagi!..

Akhirnya, Tanah Adat (NCR) penduduk Kg. Lakang, Paitan dalam Daerah Beluran "mungkin" sah menjadi hak milik mereka selepas menang di Mahkamah Tinggi Kota kinabalu pada 26 Ogos 2011 dan pagi tadi (23.7.2012) p...ihak perayu telah menarik diri daripada merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di Mahkamah Rayuan. Pihak Jabatan Tanah dan Ukur Sabah tidak membuat rayuan.

Tahniah kepada seluruh warga Kg. Lakang Paitan, Beluran yang telah berjuang dan Setinggi-Tinggi Tahniah dan terima kasih kepada Peguam Pakar NCR, Datuk Kong Hong Ming yang senantiasa membantu orang asal yang tertindas.

Tidak semua Orang Asal berpeluang mempertahankan hak mereka ke atas tanah adat sehingga ke peringkat Mahkamah!... Pihak Pemerintah/Kerajaan sepatutnya menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjaga dan menghormati hak orang asal sepertimana yang sudah jelas disebut dalam perundangan!..

Gambar: Penduduk Kg. Lakang Paitan Beluran bergambar bersama Peguam Datuk Kong Hong Ming di luar Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pagi tadi (23.7.2012)
See More

Monday, January 3, 2011

Building Resilience of freshwater source -Mukim Kirokot Tambunan




projek ini memberikan kesedaran kepada komuniti dalam usaha untuk menjaga sumber semulajadi melalui pengujudan Kawasan Tadahan Air melalui kerjasama WWF Malaysia dan PACOS Tust selama enam bulan. antara aktiviti yang dijalankan dalam usaha untuk menjayakan projek ini ialah, menjalankan bengkel pengenalan projek, bengkel pemetaan dan bengkel pengujudan tadahan air berasaskan komuniti.