Friday, November 21, 2008

Penghasilan Peta tiga dimensi bagi kawasan Buayan Kionop


Kampung Buayan Kionop adalah salah satu perkampung yang terletak di tengah-tengah Banjaran Crocker. penduduk yang tinggal di kampung ini mempunyai konflik dengan pihak Taman-Taman Sabah apabila kawasan merekat telah diwartakan sebagai Taman Banjaran Crocker pada tahun 1984 . pada tahun 1994, Pihak pengurusan Taman banjaran Crocker telah membuat penyukatan baru bagi kawasan Taman Banjaran Crocker. banyak kawasan komuniti telah termasuk dalam kawasan Taman Banjaran Crocker . Oleh itu, komuniti telah kehilangan hak mereka terhadap Tanah Adat Mereka. ini bukan sahaja berlaku di Buayan Kionop tetapi juga berlaku di kampung-kampung yang terlibat dengan Taman Banjaran Crocker. oleh itu PACOS Trust telah melihat masalah ini sebagai satu pembelajara bersama bagaimana mengenalpasti kaedah yang sesuai untuk untuk menangani masalah diantara Komuniti dan Pihak Taman-Taman Sabah. Antara aktiviti yang dibuat adalah membawa komuniti berbincang untuk mengenalpasti kawasan mereka selain daripada berdialog dengan Pihak Taman-Taman Sabah. Pada tahun 2004 pihak PACOS telah terlibat dengan TTS(Taman-Taman Sabah) untuk membuat satu plan pengurusan Taman Banjaran Crocke(TBC) bersama dengan JICA(Japanies International Coperation Agencie's) . dalam pengurusan TBC ini, PACOS telah mencadangkan supaya pihak TBC memasukkan Zon Kegunaan Komuniti(ZKK) di dalam plan pengurusan TBC. Dengan itu Pihak TTS telah menjadikan ZKK sebagai salah satu kaedah untuk menyelesaikan konfilk tanah komuniti yang termasuk dalam kawasan TTS.

Tuesday, July 29, 2008

Untuk kita renungkan


Pernahkah anda masuk ke kampung yang jauh dari bandar? Apabila anda masuk di satu kampung anda pasti mendengar keluhan penduduk kampung yang biasa kita dengar di seluruh Negeri Sabah. salah satunya ialah" Tanah kami telah dirampas" atau "Sungai kami tercemar" atau "Tiada kemudahan di kampung kami" dan banyak lagi. persoalan yang timbul adalah kenapakah ini boleh berlaku?, siapa penyebabnya?. tiada yang boleh menjawab kecuali komuniti itu sendiri dan orang-orang yang terlibat denganya. Kawasan Tongod mengatakan "Tanah Kami dirampas". Penduduk Kawasan Ulu Papar mengatakan " Kami sudah penat berjalan kaki". Penduduk Daerah Pitas mengatakan" kami kekurangan sumber air". tetapi sejauh mana orang mendengar keluhan mereka dan mengambil tindakan sewajarnya? adakah dengan melihat tapak rumah kita menanggap mereka sudah mempunyai tanah? atau adakah kerana mereka berdaya mengangkat beban yang berat untuk berjalan kaki selama enam jam kita katakan mereka kuat? atau adakah dengan adanya tangki biru yang terletak di halaman rumah mereka kita anggap mereka mempunyai air mencukupi? Nah!! kita fikirkan bersama keluhan mereka ini.

Community Voice cuba memberi peluang kepada mereka ini untuk meluahkan keluhan mereka disini untuk kita renungkan bersama dan mengambil tindakan yang sewajarnya. terpulang kepada anda untuk memikirkanya.