Wednesday, September 30, 2009

Kenyataan oleh masyarakat KadazandusunUlu Papar yang terdesak akibat Projek Empangan Kaiduan


Salam hormat Tuan, Puan.

Pada hari ini seramai 250 orang penduduk kampung telah berkumpul di kampung ini yang terdiri daripada wakil-wakil masyarakat Orang Asal dari sembilan buah kampung iaitu, Kg. Terian, Kg. Babagon Laut, Kg. Timpayasa , Kg. Tiku, Kg. Buayan , Kg. Pongobonon, Kg. Kalanggaan, Kg. Timpangoh dan Kg. Longkogungan. Semua kampung ini akan mendapat kesan negatif daripada Projek Pembinaan Empangan Kaiduan.

Kami berkumpul di sini untuk berbincang dan menyuarakan bantahan kami terhadap Projek Pembinaan Empangan Kaiduan kerana ia akan menenggelamkan kawasan tanah adat kami dan juga memusnahkan hutan tempat pencarian kehidupan kami.
Kami dengan sebulat suara menyatakan bahawa kami tidak mahu dipindahkan dari kawasan tempat asal kami yang merupakan warisan sejarah sumber dan kehidupan kami sejak bergenerasi.

Empangan ini akan memusnahkan sumber-sumber alam semulajadi, termasuklah spesies-spesies tumbuhan, haiwan dan merosakkan kesinambungan ekosistem yang telah lama wujud di antara kawasan Ulu Papar dan Taman Banjaran Crocker. Pembinaan Empangan Kaiduan akan menenggelamkan kawasan sawah padi, harta benda, ladang-ladang dan kawasan hutan yang merupakan punca ubat-ubatan tradisi, buah-buahan, haiwan dan juga tempat dimana kami menangkap ikan.

Kami, masyarakat di kawasan ini telah berusaha berkerjasama dengan agensi kerajaan untuk menjaga dan memelihara kepelbagaian biologi di kawasan kami. Kami tidak mahu usaha-usaha ini tersia-sia. Kami sangat bimbang terhadap generasi kami yang akan datang jika Projek Pembinaan Empangan Kaiduan diteruskan. Ini kerana kami akan dipaksa berpindah dari tempat asal kami yang merupakan sumber sara hidup, budaya dan warisan kami.

Kami mengecam tindakan Kerajaan Negeri dalam merancang projek ini kerana kelulusan projek ini oleh Kabinet pada 13 April tidak mempunyai kajian kesan sosial dan alam sekitar dan tidak mendapat izin yang berdasarkan makluman awal, bebas dan telus dari kami. Ini adalah satu perlanggaran terhadap hak kami sebagai orang asal yang terkandung dalam Deklarasi PBB terhadap Hak Orang Asal yang telah disokong oleh kerajaan Malaysia di peringkat PBB. Kami juga kecewa dengan pendekatan kerajaan dalam proses perancangan ini kerana tidak melalui perancangan yang telus, dan ini bercanggah dengan janji-jani Kerajaan Barisan Nasional terhadap Konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Dengan tidak membuat perbincangan bersama dengan kami, ini menunjukkan kerajaan telah mengetepikan rakyat dan mengutamakan projek semata-mata.

Kami membidas laporan yang telah dibuat oleh WCT Berhad semasa membentangkan cadangan projek ini kepada Kabinet, dimana kononnya kawasan ini tidak berpenghuni, tidak mempunyai hak terhadap tanah, dan kawasan hutan di sini sudah rosak. Ini menunjukkan tiada kajian terperinci yang telah dijalankan oleh mereka yang mencadangkan projek ini. Ia juga adalah satu pembohongan dan manipulasi fakta untuk mendapatkan projek semata-mata. WCT Berhad sebagai satu syarikat besar mempunyai tanggungjawab sosial koprat (CSR) dalam menjalankan perniagaannya.

Kami berpendapat bahawa projek ini harus dipindahkan ke Sungai Mondolipau kerana ia akan memberikan kesan yang lebih sedikit berbanding dengan pembinaan empangan di sungai utama di kawasan Ulu Papar. Kami juga menuntut bahawa kajian lebih terperinci harus dijalankan sebelum projek ini diteruskan kerana ia melibatkan sejumlah besar wang rakyat yang sepatutnya ditujukan ke arah pembangunan yang mapan.

Kami juga mahu Wakil Rakyat kami Ahli Dewan Undangan Negeri YB Donald Mojuntin dan Ahli Parliamen Penampang Tan Sri Bernard Giluk Dompok yang juga merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia untuk membawa perkara ini ke pihak atasan supaya menghentikan projek ini sehingga satu kajian kesan sosial dan alam sekitar dijalankan dan alternatif yang lebih mesra kepada alam dan manusia disediakan untuk projek ini.

Dengan ini kami masyarakat Orang Asal di Ulu Papar tidak akan berganjak dari tempat nenek moyang kami dan bersedia untuk berjuang dengan nyawa kami untuk mempertahankan hak kami.

Sekian dan terima kasih,

Kenyataan akhbar ini
Dibaca oleh
Nousi Giun
Pengerusi Badan Bertindak Bantah Empangan Kaiduan
20 September 2009


Thursday, June 11, 2009

Pemetaan Komuniti


Pemetaan komuniti adalah salah satu kaedah yang membolehkan komuniti mengenalpasti kawasan mereka dan juga sempadan kawasan mereka. ini sangat penting dalam melindungi hak guna sumber dan juga hak mereka terhadap tanah. Pemetaan ini adalah dibuat oleh komuniti sendiri dan semua maklumat adalah berdasarkan kepada pengetahuan komuniti mengenai sesuatu tempat di kawasan mereka sendiri. selain itu, pemetaan ini juga memberi peluang kepada komuniti untuk mengurus sumber mereka sendiri seperti Kawasan Tdahan Air, Hutan simpan komuniti, kawasan pengambilan sumber dan sebagainya.

Wednesday, June 10, 2009

Community BIO-D Monitoring System


CBMS atau Community BIO-D Monitoring System merupakan satu pendekatan yang mudah untuk melibatkan komuniti Orang Asal dalam mengurus sumber di kawasan yang terlibat dengan kawasan lindung contohnya Sabah Parks, Forest Reserve, Tadahan Air, Santuari Hidupan Liar dan lain lain lagi kawasan lindung di seluruh negeri Sabah. dengan adanya CBMS ini, ia dapat memberi peluang kepada komuniti mengurus sumber kepelbagaian Biodiversiti di tempat mereka sekaligus membantu Jabatan dan Agensi Konservasi di Negeri Sabah melindungi sumber alam di Negeri Kita.

Sunday, May 3, 2009

Sayuran tradisi Orang Asal




banyak jenis sayuran tradisi orang Asal yang berkahsiat dan bebas daripada racun dan baja kimia. kita patut mengetahui semua ini keran ia berkaitan dengan buday warisan kita dan juga kesihatan badan kita. lagipun makanan ini tidak memberi kesan kepada kesihatan kita malah.... ia memberi rasa yang lebih enak dalam makan kita....

Tuesday, February 3, 2009

Padi Asli Dari Kampung Buayan





anda sudah pernah merasa nasi bukit....? anda pernah melihat padi bukit anda akan melihat sendiri dalam gambar ini...sedap ni padi kalau sudah dimasak..kalau pergi Tamu jangan lupa beli beras padi bukit...

Friday, November 21, 2008

Penghasilan Peta tiga dimensi bagi kawasan Buayan Kionop


Kampung Buayan Kionop adalah salah satu perkampung yang terletak di tengah-tengah Banjaran Crocker. penduduk yang tinggal di kampung ini mempunyai konflik dengan pihak Taman-Taman Sabah apabila kawasan merekat telah diwartakan sebagai Taman Banjaran Crocker pada tahun 1984 . pada tahun 1994, Pihak pengurusan Taman banjaran Crocker telah membuat penyukatan baru bagi kawasan Taman Banjaran Crocker. banyak kawasan komuniti telah termasuk dalam kawasan Taman Banjaran Crocker . Oleh itu, komuniti telah kehilangan hak mereka terhadap Tanah Adat Mereka. ini bukan sahaja berlaku di Buayan Kionop tetapi juga berlaku di kampung-kampung yang terlibat dengan Taman Banjaran Crocker. oleh itu PACOS Trust telah melihat masalah ini sebagai satu pembelajara bersama bagaimana mengenalpasti kaedah yang sesuai untuk untuk menangani masalah diantara Komuniti dan Pihak Taman-Taman Sabah. Antara aktiviti yang dibuat adalah membawa komuniti berbincang untuk mengenalpasti kawasan mereka selain daripada berdialog dengan Pihak Taman-Taman Sabah. Pada tahun 2004 pihak PACOS telah terlibat dengan TTS(Taman-Taman Sabah) untuk membuat satu plan pengurusan Taman Banjaran Crocke(TBC) bersama dengan JICA(Japanies International Coperation Agencie's) . dalam pengurusan TBC ini, PACOS telah mencadangkan supaya pihak TBC memasukkan Zon Kegunaan Komuniti(ZKK) di dalam plan pengurusan TBC. Dengan itu Pihak TTS telah menjadikan ZKK sebagai salah satu kaedah untuk menyelesaikan konfilk tanah komuniti yang termasuk dalam kawasan TTS.

Tuesday, July 29, 2008

Untuk kita renungkan


Pernahkah anda masuk ke kampung yang jauh dari bandar? Apabila anda masuk di satu kampung anda pasti mendengar keluhan penduduk kampung yang biasa kita dengar di seluruh Negeri Sabah. salah satunya ialah" Tanah kami telah dirampas" atau "Sungai kami tercemar" atau "Tiada kemudahan di kampung kami" dan banyak lagi. persoalan yang timbul adalah kenapakah ini boleh berlaku?, siapa penyebabnya?. tiada yang boleh menjawab kecuali komuniti itu sendiri dan orang-orang yang terlibat denganya. Kawasan Tongod mengatakan "Tanah Kami dirampas". Penduduk Kawasan Ulu Papar mengatakan " Kami sudah penat berjalan kaki". Penduduk Daerah Pitas mengatakan" kami kekurangan sumber air". tetapi sejauh mana orang mendengar keluhan mereka dan mengambil tindakan sewajarnya? adakah dengan melihat tapak rumah kita menanggap mereka sudah mempunyai tanah? atau adakah kerana mereka berdaya mengangkat beban yang berat untuk berjalan kaki selama enam jam kita katakan mereka kuat? atau adakah dengan adanya tangki biru yang terletak di halaman rumah mereka kita anggap mereka mempunyai air mencukupi? Nah!! kita fikirkan bersama keluhan mereka ini.

Community Voice cuba memberi peluang kepada mereka ini untuk meluahkan keluhan mereka disini untuk kita renungkan bersama dan mengambil tindakan yang sewajarnya. terpulang kepada anda untuk memikirkanya.